VISI

Berusaha membantu membina dan mengukuhkan institusi keluarga yang cemerlang bertemakan "Baiti Jannati" yang menepati kehendak Syariat Islam dan diredhai Allah.

MISI

Menyediakan perkhidmatan, memupuk kefahaman dan mendidik masyarakat Islam mengenai pembangunan dan pengurusan kekeluargaan berlandaskan Enakmen Undang-undang Keluarga dan Hukum Syarak utuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan cemerlang.

OBJEKTIF

1.       Mewujudkan perkhidmatan kekeluargaan kepada masyarakat dengan penuh tanggungjawab, cekap, bersih dan amanah.

2.       Menyampaikan kepada masyarakat Islam mengenai penghayatan Islam atau cara hidup (Ad-Din) di dalam kehidupan kekeluargaan.

3.       Mewujudkan perhubungan baik di kalangan keluarga Islam bagi memperolehi keredhaan Allah S.W.T.

4.       Mengimplementasikan kepada masyarakat umum mengenai Enakmen Undang-undang Keluarga Islam dan peraturan-peraturan yang lain untuk keharmonian ummah.

5.       Melahirkan kesedaran masyarakat umum mengenai kepentingan pelaksanaan undang-undang keluarga Islam serta akibat atau kesan perlanggarannya.

6.       Melahirkan generasi soleh yang berkemampuan menangani pembangunan yang seimbang.

7.       Meningkatkan penggunan teknologi maklumat untuk penyebaran data-data aduan, nikah, cerai, rujuk dan penyampaian maklumat pembangunan kekeluargaan kepada masyarakat Islam.