JAWATANKUASA PENDAMAI (JKP)
  • Jawatankuasa Pendamai JKP) ialah jawatankuasa yang dibentuk oleh pihak Mahkamah Syariah bagi permohonan perceraian berdasarkan Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
  • Perintah melaksanakan sesi JKP diterima oleh Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) daripada Mahkamah Syariah.
  • Surat panggilan temujanji sesi JKP akan dikeluarkan kepada semua pihak yang terlibat.
  • Sesi JKP akan dipengerusikan oleh Pegawai Runding cara gred S41 ke atas.
  • Laporan sesi JKP tidak diberikan kepada pihak-pihak kerana ia adalah hak milik Mahkamah Syariah.