SOALAN LAZIM

1. Apakah Khidmat Nasihat Umum (KNU)?

Khidmat Nasihat Umum (KNU) ialah khidmat nasihat secara kepada pelanggan umum tanpa mengisi borang dan tidak membuka fail rasmi. Tempoh masa khidmat nasihat ialah 5 hingga 10 minit (bergantung kepada soalan pelanggan).

 

2. Bagaimanakah saya ingin mendapatkan Khidmat Nasihat Umum?

Anda boleh mendapatkannya melalui talian telefon, emel atau hadir ke kaunter Unit Undang-undang Keluarga, Pejabat Agama Islam Daerah berhampiran dengan tempat tinggal.

 

3. Apakah Aduan Kekeluargaan?

Aduan Kekeluargaan (AK) ialah sesi runding cara kepada Pengadu dan Yang Kena Adu yang telah mengisi Borang Aduan dan fail rasmi dibuka untuk tujuan rekod sesi rundingan. Tempoh sesi runding cara ialah 45 hingga 60 minit.

 

4. Adakah saya menjalani sesi kaunseling ketika runding cara dijalankan?

Pegawai runding cara tidak melaksanakan sesi kaunseling kerana pegawai runding cara bukanlah kaunselor berdaftar. Sesi runding cara ialah sesi rundingan perdamaian (dengan mengambil kira elemen kaunseling syarie) antara pihak-pihak supaya mencapai satu keputusan yang sepakat untuk mengelakkan persengketaan.

 

5. Bagaimanakah saya ingin membuat aduan kekeluargaan?

Anda perlu mendaftar di dalam sistem ePrihatin untuk mengisi Borang Aduan dan memilih kategori aduan yang hendak dibuat.

 

5. Bagaimanakah saya ingin menyemak tarikh temu janji runding cara bagi Aduan Kekeluargaan atau Jawatankuasa Pendamai?

Anda perlu menghubungi Pejabat Agama Islam Daerah yang mengeluarkan surat temu janji untuk menyemak tarikh temu janji.

 

6. Adakah Aduan Kekeluargaan saya dirahsiakan?

Ya. Aduan anda akan dirahsiakan. Hanya Pengadu dan Yang Kena Adu perlu hadir ke sesi runding cara.

 

7. Bagaimanakah cara saya ingin mendapatkan laporan runding cara bagi Aduan Kekeluargaan?

Anda boleh mendapatkannya dengan menghubungi Pejabat Agama Islam Daerah yang telah mengadakan sesi runding cara tersebut.

 

8. Adakah saya boleh mendapatkan laporan sesi Jawatankuasa Pendamai?

Tidak. Anda tidak boleh mendapatkan laporan sesi Jawatankuasa Pendamai kerana ia adalah hak milik Mahkamah Syariah bagi kes permohonan cerai anda.

 

9. Adakah saya boleh mendapatkan laporan runding cara bagi Aduan Kekeluargaan yang telah difailkan pada tahun 1998?

Laporan runding cara disediakan bagi kes Aduan Kekeluargaan yang masih aktif. Tempoh fail dilupuskan adalah selepas tiga (3) tahun dari Tarikh terakhir fail ditutup.

 

10. Adakah saya perlu mendapatkan runding cara sebelum saya membuat permohonan perceraian di mahkamah?

Anda tidak semestinya perlu mendapatkan sesi runding cara sebelum membuat permohonan perceraian di mahkamah.

 

11. Saya ingin mendapatkan kepastian sama ada lafaz cerai saya jatuh (sah) atau tidak?

Anda boleh mengesahkan lafaz cerai dengan membuat permohonan Pengesahan Lafaz Cerai Luar Mahkamah di Mahkamah Syariah berhampiran tempat tinggal anda.

 

12. Saya ingin mengetahui sesuatu hukum berkaitan diri pinjaman bank. Bagaimanakah caranya?

Anda boleh menghubungi bank yang menawarkan pinjaman tersebut atau menghubungi Jabatan Mufti Negeri Selangor untuk mengesahkan hokum tersebut.

 

13. Bagaimanakahkah cara saya untuk saya hubungi pegawai runding cara?

Anda boleh menghubungi Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) yang berhampiran dengan anda atau PAID yang telah melaksanakan sesi runding cara Bersama anda.

 

14. Adakah saya boleh membuat Aduan Kekeluargaan di mana-mana Pejabat Agama Islam Daerah?

Ya. Anda boleh membuat Aduan Kekeluargaan di mana-mana Pejabat Agama Islam daerah, namun untuk sebarang urusan berkaitan Mahkamah Syariah anda perlu membuat permohonan di Mahkamah Syariah di mana anda bermastautin (tinggal).

 

15. Bagaimanakah cara saya ingin mendapatkan motivasi diri untuk mengubah diri saya supaya menjadi lebih baik?

Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat motivasi diri di Pejabat Agama Islam Daerah berhampiran dengan tempat tinggal anda.

 

16. Bagaimanakah cara untuk saya dapatkan statistik khidmat nasihat dan runding cara kekeluargaan Jabatan Agama Islam Selangor?

Anda boleh membuat permohonan dengan menghantar surat rasmi kepada Ibu Pejabat Bahagian Undang-undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor.

 

Untuk sebarang pertanyaan, boleh ajukan soalan anda menerusi emel kami rundingcarakeluarga@jais.gov.my